Syukur kami sekeluarga selamat dengan izin Allah.
Kepada kwn2 yg melalui jalan area Tenang Stesen Segamat diharap berhati2 dan berwaspada kerana kerja2 membaikpulih jalan sedang dijalankan, lebih2 lagi diwaktu malam.
Kejadian pagi td jam 4 pagi, kami sekeluarga terlibat satu kemalangan asbab dengan izin Allah melanggar salah satu kon yg berada di tgh jalan. Sebelum itu kereta di hadapan kami pacuan 4 roda telah melanggar menyebabkan kon itu ke tgh.
Dengan izin Allah kami di belakang terus menghentam dan kereta hilang kawalan dlm keadaan laju meluncur ke kon2 yang lain. 3 kon berada di bawah kereta kami menyebabkan kereta xboleh bergerak dan gear xberfungsi. Keadaan jalan juga gelap, lampu amaran di jln tiada. Allahuakbar mmg satu pengalaman ngeri kami anak beranak.
Suami tak mengantuk masa tu sbb kami sedang berbual masa tu.
Kepada kwn2 berhati2 sbb keadaan jln agak mengelirukan.
Ada hikmah xbawa orang tua ke Segamat. Keadaan kereta agak teruk gear xberfungsi kemungkinan gearbox masalah, exzos patah, bahagian bumper dpn blkg hancur, lain2 kerosakan belum dikenalpasti.
Kredit viral media Johor
Sumber Sahirda Ithnain