SELAMA Perak | Drone Aerial Footage  
 Subscribe Channel : https://www.youtube.com/@MFikriMY

 

Dahulunya Selama dikenali sebagai Kampung Selamat. Ia diteroka oleh Allahyarham Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870 Masihi bersamaan 14 Muharram 1290 Hijrah bersama 12 orang pengikutnya. Allahyarham berasal dari Rao (Rawa), Sumatera Barat, pernah bekerja dengan Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar kemudian menjadi orang harapan apabila jawatan Menteri Larut disandang oleh anak Long Jaafar iaitu Ngah Ibrahim 1858.

Satu dekad kemudian, Allahyarham Abdul Karim memohon restu Ngah Ibrahim untuk membuka penempatan baru. Rombongan beliau bersampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali sebagai Kampung Medan). Kemudian merepa berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan SIr Chulan dan Kampung Gudang. Lama kelamaan Kampung Selamat bertukar nama kepada Kampung Selama. Usaha pertama Allahyarham Abdul Karim dan pengikutnya ketika sampai ke kampung ini ialah mendirikan sebuah masjid yang mempunyai sembilan tiang. Setiap satu tiang melambangkan asas perpaduan puak Rao (Rawa) iaitu Longgong, Padang Metinggi, Sungai Rongeh, Lohon Hijau, Loboh Sekoping, Kota Raja, Mendiling Kecil, Mendiling Besar dan Batak. Apabila bijih timah dijumpai di Selama, Allahyarham Abdul Karim menjemput ramai keturunan Rawo dari Sumatera dan Orang Cina ke situ untuk memajukan perusahaan melombong bijih timah. Setelah pengeluaran bijih merosot, Allahyarham Abdul KArim menyerahkan Kampung Selama kepada Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pentadbiran Inggeris, Selama membangun mengikut citarasa penjajah.